Tuesday, March 1, 2016

SISI LAIN ABANG MAT

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, resume rakyatnya tidak perlu banyak perkataan untuk dihurai. Selain hebat, ialah mengkagumkan. Di zaman mudanya, Abang Mat keluar masuk penjara memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai benar. Ramai orang takut pada ISA, tetapi tidak pada Abang Mat.



Semasa di dalam parti sejarah, nama Mat Sabu sudah sinonim dengan nama parti itu satu ketika dulu. Abang Mat (nama panggilan mesra untuk Mat Sabu) adalah simbol toleransi, mesra dan friendliness (mudah bersahabat). Rakan-rakan bukan Islam cukup menghormati dan menyayanginya. Rakan-rakan seperjuangannya menghayati pengorbanan beliau.


Sebelum ini, ramai yang mengenali Abang Mat hanya di pentas-pentas ceramah. Dengan telatah lucu yang terselit di dalam ceramah-ceramahnya yang bernada tegas menjadikan nama Abang Mat begitu popular. Kini Abang Mat adalah Presiden Parti Amanah Negara bersama-sama Ust Ahmad Awang dan Ust Abd Ghani Shamsuddin selaku Penasihat Umum AMANAH, Ust Hassanuddin, Ust Dr. Hassan Baharom dan Ust Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai Naib-naib Presiden serta rakan-rakan perjuangan yang lain.

Namun, tidak ramai pula mengetahui sisi lain Abang Mat.

Di sini kita paparkan satu klip video yang menunjukkan Abang Mat adalah seorang yang tidak kekok di dapur. Bahawa Abang Mat ialah seorang yang "low-profile", tidak membangga diri, bukan berlakon etapi benar-benar "bekerja" di dapur. Beliau bersama-sama jawatankuasa jamuan menghulurkan tangannya untuk menyiapkan juadah di satu program Kem Bina Wadah Anak Muda AMANAH Negeri Kedah yang di Pantai Merdeka, Kuala Muda Kedah pada 26 Feb 2016. Kredit untuk Sdra Aris Awang, Setiausaha Parti AMANAH Negara, Kedah kerana berkongsikan video klip berkenaan.


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates