Thursday, July 21, 2016

1MDB: Najib Tidak Boleh Lari Lagi


Skandal 1MDB: Najib sudah tidak boleh lari lagi. Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Loretta Lynch telah menjadikannya rasmi.

Kata-katanya jelas. Sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion milik rakyat Malaysia telah dicuri.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Keadilan AS (DOJ), dan Perkhidmatan Hasil Dalaman (agensi hasil cukai AS) telah mengetuai siasatan sangat teliti selama setahun.

Mereka membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia telah dirompak. Wang rakyat dialihkan – dicuri – daripada dana kerajaan 1MDB melalui penipuan dan pengubahan wang haram.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates