Monday, December 14, 2015

Ucapan Presiden AMANAH: Perasmian Graha AMANAH Melaka


PAS GUNA TAKFIRI, UMNO GUNA PERKAUMAN SERANG AMANAH

PAS menggunakan isu "takfiri" untuk menghentam parti AMANAH manakala UMNO pula memainkan isu perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH), demikian dinyatakan oleh Presiden AMANAH Negara, Sdra Mohammad Sabu di dalam majlis pelancaran Graha Amanah Melaka semalam.

PAS sebelum ini telah menggelar mereka yang meninggal parti itu sebagai "pengkhianat" malah ada pemimpin PAS yang menuduh mereka yang menubuhkan parti baharu sebagai terkeluar dari Islam yang layak dibunuh. "Islam digambarkan agama yang ganas, suka kepada peperangan dan mudah membunuh orang menyebabkan calon Presiden Amerika, Donald Trump menyatakan jika beliau menang beliau tidak akan izinkan orang Islam masuk Amerika," ujarnya. Mohd Sabu meminta supaya fahaman takfiri tersebut tidak diizinkan bertapak dan menular di dalam negara ini kerana ia bertentangan dengan Islam sebagai rahmat sekalian alam.

Manakala UMNO pula memainkan isu perkauman dimana rakyat diugut untuk memilih samada UMNO BN atau Pakatan Harapan yang menurut Najib, didominasikan oleh "DAP yang anti-Islam". "Isu perkauman dan isu agama akan dipergunakan habis-habisan di dalam menghadapi pilihanraya akan datang oleh UMNO untuk menyelamat diri mereka," katanya. Justeru itu Mohd Sabu meminta semua pimpinan Amanah dan Pakatan Harapan supaya bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk melawan hujjah Najib yang telah meletakkan racun perkauman yang amat dasyat kepada rakyat Malaysia. Mohd Sabu turut Mohamad juga menyelar ucapan perwakilan Pulau Pinang pada perhimpunan Agung Umno 2015 yang berlangsung baru-baru ini.

"Dalam perhimpunan agung katanya jangan tanya mana presiden dapat duit, dari mana jangan tanya siapa yang beri, yang penting kita dapat duit untuk bergerak. Asalkan boleh bantu Melayu," kata Mohamad yang membidas kenyataan perwakilan Umno mempertahankan derma RM2.6 bilion dimasukkan akaun peribadi perdana menteri. "Ini ucapan racun, fahaman Asabiyah ialah fahaman yang paling celaka. Pemikiran itu dimunculkan semula," tambahnya. Apa yang disampaikan oleh perwakilan UMNO itu jelas bertentangan dengan hadith: “Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” – ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman), bukan dari kalangan kami mereka yangt berjuang di atas dasar assabiyah dan, bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’, lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’ Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).

Di dalam majlis berkenaan, Mohd Sabu diberikan penghormatan oleh Amanah Melaka untuk menerima sumbangan-sumbangan berbentuk barangan dari Amanah kawasan parlimen dan cawangan bagi kegunaan Amanah Negeri di pejabat Graha Amanah. Walaupun hujan turun dengan lebat, namun orangramai tidak berganjak untuk mendengar ucapan Mohd Sabu dari khemah dan dari kakilima bangunan yang menempatkan Graha Amanah Melaka. Majlis perasmian turut diserikan dengan paluan kompang dan pertunjukan silat disamping lagu AMANAH dikumandangkan.

Wakil rakyat Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa orang pimpinan Keadilan negeri Melaka turut hadir menyertai upacara perasmian berkenaan manakala pimpinan DAP tidak dapat hadir kerana terlibat di dalam pemilihan di konvensyen DAP negeri. Pada sebelah malamnya, pidato umum telah berlansung di Taman Seri Telok Mas yang membariskan beberapa pimpinan AMANAH nasional iaitu Mohd Sabu sendiri, Timbalan presiden, Haji Salahuddin Ayub, Naib-naib Presiden, Tn Hj Hasanuddin Mohd Yunus dan Dr Hassan Baharom, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan, Pengerusi AMANAH Negeri, Tn Hj Adly zahari dan Pengerusi AMANAH Parlimen Kota Melaka, Sdra Harun Muhammad. -amanahjasin

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates